Dugaan

Assalamualaikum, hai dearies!

Apa kabar? Dah lama aku tak bukak blog ni, dah berhabuk dah pun. Bukan tak nak bukak, tapi kekangan masa yang begitu singkat untuk aku luangkan masa berblog semasa pengajian.

Alhamdulillah, hari ni aku dah free dari sebarang assignment, yahoo!!!! Haha, sem break is started. Happy dapat balik rumah, iye laa, kalau duk kat rumah macam2 aku dapat makan,jejalan..hehe.

Semasa study week, aku balik kampung kat kota bharu, kelantan. Yeay!!! Happy kot dapat balik sebab dah lama sangat tak balik rumah. Plannya aku tak nak balik pun time study week kononnya nak 'study', hehe. Tapi, aku ni bukanlah kuat sangat nak bertahan duk rumah sewa dan tengok je orang lain balik.NOPE! Aku terus beli tiket on the spot time last kelas sem ni. Alhamdulillah, nasib baik ada. Tue pun balik 2 hari selepas semua orang kalut balik.

AHAD, 21 DECEMBER 2014 aku balik ke Kelantan. Yahoo!!! Balik kampung! Balik kampung! Perjalanan yang mengambil masa selama 12 jam, membuatkan aku begitu penat..serius sakit pinggang kot duk dalam bas berjam-jam.Tapi tak mengapa, sebab dapat balik jugak.

Minggu yang tak dapat aku lupakan, sebab minggu study week aku tu laa bermulanya banjir yang dasyat di Kelantan. Allahuakbar, tak dapat digambarkan perasaan penduduk kelantan time tu. Saban hari kami dilaporkan dengan perkembangan banjir yang dasyat berlaku di seluruh negeri.Air makin naik!Air makin naik!Hanya doa yang mampu aku panjatkan.

Disebabkan banjir makin teruk, perjalanan aku untuk balik ke universiti tak dapat diteruskan sebab semua jalan darat diseluruh kawasan ditutup. Ok, aku mula cuak sebab beberapa hari lagi aku dah mula first paper untuk final.OH NO!!! Aku call kawan-kawan yang lain, diorang pun terperangkap sama. Salah sorang kawan aku yang tinggal di Pasir Mas tak dapat dihubungi dan aku mula bimbang, cuak. Aku terus call,call,call, dan call. Kemudian, aku terus lapor kepada koordinator program kat fakulti keadaan kami semua kat sini. Semua data kami diambil untuk sebarang keperluan sekiranya kami tak sempat untuk seat exam bagi first paper.

Setelah seminggu, banjir makin teruk dan aku terpaksa cari anisiatif lain untuk balik ke kampus. Alhamdulillah, nasib baik tiket flight masih ada even mahal giler time tu.Tapi,tak pe laa.Sebab jalan udara je dapat digunakan time tu. Minggu tu jugak, kawasan udara di seluruh negeri aku di penuhi dengan helikopter untuk menghantar bekalan makanan,memindahkan pesakit dan lain-lain. Satu pengalaman yang kami takkan pernah lupa. Banjir yang sangat teruk berlaku di KELANTAN.

To be continue......

No comments:

Post a Comment