Usrah Itu Indah

Assalamualaikum dearies!

Alhamdulillah, terasa best sangat cuti panjang a.k.a cuti sem. Banyak aktiviti yang aku boleh buat kat rumah yang aku tak dapat nak buat time kat universiti. Contohnya tidur lama, makan, tonton tv, shopping, and lepak ngan kawan-kawan berjam-jam lamanya.

Tapi, aku tak nafikan aku rindukan suasana kampus dan yang paling aku rindukan adalah group usrah aku. USRAH! Kali pertama aku join usrah yang betul-betul memberi aku impak yang sangat positif dalam hidup aku. Bukan sahaja memberi kesan positif dari segi luaran malahan dalaman jugak.Insha Allah, moga aku terus istiqamah.

Even kami sibuk dengan pelbagai tuntutan ketika berada di kampus,usrah tetap berjalan sekali seminggu.Kami akan cuba cari masa untuk bertemu. Untuk permulaan tu, aku liat jugak laa, tapi aku gagahkan jugak untuk pergi usrah. Dan sekarang aku sedar, usrah itu sangat penting dalam diri kita.

Usrah sebenarnya 'keluarga'. Jujur aku kata, dulu aku tak pernah ambil peduli, aku katakan usrah untuk orang-orang yang alim, solehah, sempurna, bertudung labuh dan bukan seperti aku. Namun, dengan izin Allah, aku diberi kekuatan untuk merubah serba sedikit kekurangan diri. Bagaimana? Dengan bantuan kawan-kawan usrah, dan naqibah aku sendiri.

Fitrahnya aku juga insan biasa yang pelupa, jahil dan lalai. Maka peringatan tentang akhirat ini amat wajar. Sangat risaulah jika hari silih berganti dan tak de langsung peringatan diberi untuk diri. Maka, usrah ini antara salah satu medium di mana tatkala kami bersila dalam bulatan yang gembira ini, akhirat dan hakikat penciptaan jin dan manusia diulang kembali. Asas aqidah, tauhid, ibadah, sirah serta bertadabbur dengan al-Quran benar-benar menyentuh jiwa.

Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki amalan, memahami tujuan penciptaan, berwaspada dengan tipu daya syaitan. Ukhwah yang dibina sangat berharga yang tiada galang ganti. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya, bukan sebab material semata-mata.

Untuk semua dearies, jom laa kita berusrah!Inilah dia bulatan gembira yang tak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Carilah bulatan gembira korang agar hati kita berbunga kembali. Usrah sangat wajar menjadi santapan mingguan untuk rohani kita. Berbunga dengan minda dan hati lebih dekat dengan Ilahi, Insha Allah.

Event 5 Sains 2011 ( 15 Ogos 2014)

Assalamualaikum wbt, apa khabar semua? Harap korang dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam jagaanNya. Agak lama jugak aku tak post entry dalam blog, dah berhabuk dah blog kesayangan hamba ni.By the way, aku nak kongsi event yang kelas aku buat baru-baru ni kat pantai Senok, Bachok, Kelantan. Actually event ni handle by my friends, budak-budak lelaki. Kitorang yang perempuan just follow. Alhamdulillah, event aritu berjalan lancar. Sebenarnya, gathering yang kitorang buat ni untuk kumpulkan balik ex-student 5 Sains SMKPanji 2011, al-maklum laa masing-masing dah sibuk dengan haluan masing-masing. Sangat best bilamana ramai jugak yang dapat involve. Yang paling best, before event, masing-masing bising je dalam group whatsapp.Bukan apa, bising sebab excited and kitorang dapat bahagikan beberapa kerja or AJK untuk event tu bagi kelancaran majlis. Wah!!! Macam majlis besar-besaran kannn. Yang pasti kitorang enjoy hari tu. Nah... ni laa gambar-gambar yang sempat kami ambik sebagai kenang-kenangan.  :D




















Memori Sekolah Menengah Part1

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar? Harap korang sentiasa dalam jagaanNya. Malam ni aku nak kongsi serba sedikit kisah persahabatan yang inshaAllah akan kekal hingga ke syurga,amin. Kisah aku dan rakan-rakan aku sekolah menengah. Untuk pengetahuan semua, lepas je habis sekolah rendah, aku terus sambung ke sekolah menengah. Rata-rata budak lepasan UPSR pasti bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah menegah yang bagus-bagus, kalau boleh nak ke sekolah kluster, asrama penuh,mrsm kan. Tapi tidak bagi aku, sebab aku rasa sekolah mana-mana pun still sama je, asalkan pandai bawak diri. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANJI. Itulah satu-satunya sekolah menengah aku selama 5 tahun. Kat situlah tempat aku mengenal dunia remaja yang sebenar,dunia yang sangat mencabar bagi para remaja. Walaupun sekolah aku tu bukanlah sekolah yang dikenali, tapi aku sangat bangga dengan sekolah aku. Siapa tak bangga, tempat itulah tempat aku menimba ilmu dunia dan akhirat.

Time sekolah dulu, aku ni boleh dikatakan terkenal jugaklah..Ehhh...bukan sebab perangai buruk tau, tapi sebab aku ni anak cikgu sekolah tu. Hahaha, bangga jap! Kawan-kawan aku selalu cakap, untung laaa anak cikgu, apa-apa boleh dikecualikan..Opppssss, tue bukan diri aku k. Even aku ni anak cikgu sekolah tu, aku still dilayan sama macam students lain ok. Tue yang aku pinta dari cikgu-cikgu, jangan disebabkan aku ni anak cikgu, aku boleh buat apa-apa je. NO! NO! NO! So, hidup aku ni sama je dengan student lain, maybe ada sikit laa yang special.Hehe.Bukan apa pun, yang specialnya..kalau ada majlis kat sekolah, or jamuan cikgu-cikgu ke, aku pun dijemput hadir..hohoho, makan best laa aku. Kadang-kadang, aku ajak jugak kawan-kawan aku yang lain untuk makan sekali. ( Buat macam majlis tu aku punya je ). Disebabkan aku ni anak cikgu, aku mesti laa jaga diri sebaik mungkin untuk menjaga nama baik mama. Sebab tu aku ni dikenali sebagai student yang baik dan sopan.Hehehehe, iye ke? Nakal-nakal sikit tu adalah, tau-tau je laa, remaja laa katakan.  Kat sekolah menengah jugak laa aku dilatih untuk menjadi pemimpin, sebab sedari aku tingkatan 1 lagi aku dilantik untuk menjadi seorang pengawas sehingga laa tingkatan 5. Fuhhhh, lima tahun pengawas!!! Hahaha. Untuk menengah rendah, aku still ingat peristiwa-peristiwa yang menarik yang sampai sekarang aku tak boleh lupa.Antaranya, aku pernah conduct satu team koir peringkat daerah. KOIR!!! Aku memang suka benda-benda macam ni, even time tu dah nak hampir PMR. Kalut laa aku buat persiapan dengan latihan koir yang setiap hari. Alhamdulillah, pasukan kami buat yang terbaik even tak dapat pergi ke peringkat negeri. Selain tu, ceritera cinta monyet.Aishhhh, aku pun terjebat jugak ke? Ohh, tidak. Aku tak pernah pun terjebak dengan ceritera remaja seperti cinta monyet tak seperti kawan-kawan aku yang lain. Masing-masing berbangga mempunyai someone special tapi aku tidak. Cukup laa hanya Dia di hatiku saat itu. 
Amboii.. mengetuai rombongan...haha

Lawatan ke Lost World of Tambun, Perak





Ni aje kot untuk entry kali nie. Lepas ni, aku akan sambung Memori Sekolah Menengah Part2 yang pasti lebih menarik dan gempak sebab dah masuk menengan atas. SENIOR laa katakan.. tunggu k.  : D

Renungan Bersama

Assalamualaikum wbt..apa khabar semua? Harap korang dlm keadaan sihat. Untuk entry kali ni, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai keadaan yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Saban hari, laman-laman sosial seperti facebook, tweeter, instagram dal lain-lain rata-ratanya berkongsi mengenai keadaan yang berlaku di Gaza. Masing-masing menunjukkan solidarity for Palestine dan sama-sama bersemangat untuk memboikot segala jenis produk dari Israel. Lately ni, aku tertanya-tanya pelbagai jenis soalan mengenai konflik yang berlaku antara Palestine dengan Israel dalam laman-laman sosial, sehinggalah aku terbaca satu artikel yang menyuruh kita menghayati ayat al-Quran surah al-Isra' ayat 4-7. Rasa teruja dan menggigil seluruh tubuh badan tatkala aku menghayati ayat-ayat tersebut. Allaahu, rupanya konflik yang berlaku sekarang telah tercatat di dalam ayat-ayat ni dan sedang berlaku di depan mata kita sendiri. Allahu, sungguh aku lalai sebelum ini ya Allah, kerana tidak pernah menghayati setiap ayat-ayatMu dan hanya sekadar baca saje sedangkan ini adalah bukti-bukti yang nyata dari al-Quran yang sepatutnya kita kongsi bersama.

Dan kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu. "Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.
( 17 : 4 ) 

Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka merajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. ( 17 : 5 )

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
 ( 17 : 6)

Jika kamu berbuat baik(bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai. ( 17 : 7 )




Sepanjang cuti sem kali ni jugak, aku nak share ngan korang satu buku ni, buku yang sangat significant dengan keadaan yang berlaku di Gaza, di mana sejarah pernah membuktikan banyak peristiwa apabila kelompok yang lebih kecil menumbangkan kelompok yang lebih besar dengan peralatan yang canggih. Salahuddin al-Ayubi yang ditemani hanya seramai 12,000 orang tentera telah berjaya mengalahkan kehebatan 80,000 tentera salib yang berkelengkapan canggih yang merupakan gabungan ketenteraan daripada 22 negara Eropah yang telah menguasai Baitul Maqdis dan Palestin selama 88 tahun.  Buku ni sangat-sangat best dan tak sia-sia aku membelinya dengan baucer buku haritu. Thumbs up!
Thumbs up for dis book!!!
Assalamualaikum wbt.. apa khabar semua. Harap semua dalam keadaan sihat-sihat belaka, al-maklumlah raya belum habis lagi. Dengan rumah terbukanya lagi, mesti masing-masing masih lagi menikmati juadah raya kannn.. Bercerita pasal raya, aku nak kongsilah sikit sebanyak pengalam raya aku setiap tahun. Korang beria tak dalam memilih baju raya? Pilih baju yang vogue-vogue? Secara jujurnya, aku ni sangat suka dengan baju yang ala-ala vogue gitu, tapi aku ni pemalu sikit kalau depan orang ramai, memang tak laa nak pakai baju-baju vogue depan khalayak ramai. Buat membazir je kalau beli baju macam tu tapi last-last tak pakai pun lepas raya, betul tak. So, setiap tahun, pemilihan baju tak lah penting sangat pun untuk aku, sekadar sederhana sudah, asalkan selesa untuk dipakai time raya.And end up aku kena selinsing jugak lengan baju untuk masuk ke dapur.

Tak seperti tahun-tahun lepas, baju raya tahun ni aku beli terus kat kedai berbanding tahun sebelum ni, beli
online tau..beriya aku usha kedai-kedai online dalam fb, instagram sebab nak buat pilihan untuk beli baju raya. Tahun ni, tak sempat pun nak beli online sebab aku ada final exam!!! Agak tension kat situ, bilamana kawan-kawan aku yang lain sudahpun berada di rumah,berpuasa ngan family, tapi aku still kat tempat belajar and kena hadap buku-buku. OK FINE! Tapi, puasa untuk kali ni tak ada la sedih sangat even tidak dengan family, tapi kemeriahan puasa bersama-sama kawan pun best apa. Setiap kali nak bersahur or berbuka puasa, kitorang mesti makan berjemaah. Yang paling best, lepas je berbuka puasa, siap kemaskan tempat makan, kitorang akan solat berjemaah. Setiap hari imam mesti ikut giliran,alhamdulillah. Kemeriahan sepanjang bulan puasa tahun ni sangat berbeza dan aku dapat rasakan ikatan ukhwah kami semakin rapat.

Perkara yang aku tak boleh lupa time puasa aritu, kawan-kawan aku buat surprise birthday untuk aku.. Oh my!!!! Happy sangat-sangat, siap prank aku lagi malam tu, kononnya elektrik kat rumah kitorang terputus. Aku cuak jugak laa time tu, sebab aku ni agak takut dalam keadaan yang gelap.Tup-tup, lilin kek menerangi ruang tamu rumah kami. Apalagi, aku terasa hangat je kat pipi dengan titisan air jernih. Terima kasih kawan!!!

Juadah berbuka puasa untuk hari pertama puasa, 1 Ramadhan 1435H

Sweet tak kek harijadi aku ni  :)


Nie lah kawan-kawan aku a.k.a housemate tersayang
Nie lah family kecil aku. Selamat Hari Raya

Pertama Kali



Assalamualaikum wbt... alhamdulillah, syukur kerana akhirnya dapat juga saya create my own blog. Sangat teruja untuk pertama kali ni sebab sekian lama impian untuk membuat blog tapi tiada kesempatan akhirnya dapat dileraikan untuk kali ni. Saya sangat suka membaca ayat-ayat yang indah, ayat-ayat yang dapat menusuk kalbu setiap yang membacanya, boleh dikatakan ayat-ayat hiperbola gitu.hehe..Walaupun saya ni sangat jauh dengan penulisan disebabkan saya ni budak Matematik, tapi tu bukan halangan untuk saya terus dalam penulisan,kan??? Hurmm, rasanya, cukuplah entry kali ni, untuk saya mencuba  pertama kali posting kat my blog ni. InshaAllah, lepas ni, saya akan update my blog ni macam diari saya sendiri. Keep calm and smile!!!