Student Life 1

Assalamualaikum dearies!

BUSY! hehe..macam biasa laa, student life. Dah masuk minggu kedua, makin banyak laa assignment yang perlu diberi perhatian. Kesian blog aku. Sob3!

Agak banyak dugaan untuk aku sem ni, tapi inshaAllah, aku boleh laluinya dengan izin Allah. Macam biasa laa, sem baru, semangat pun mesti baru, azam baru, semua nak baru laa. Hehe, agak-agak laa mimi oiii, setakat azam, semangat yang baru ok..jangan material pun semua nak baru.. bersyukur dengan apa yang ada, jangan membazir sangat.

Haaa, kalau bercakap bab membazir ni, tak lekang dengan student life. Apa taknya, time sem baru buka ni laa diorang nak 'habiskan' duit.Oppppss, bukan semua student laa, sesetengah je, yang baca ni bukan student macam tue..ececece, suka laa tue..sebab apa, PTPTN kan adoooo..hikhikhik. Jangan laa macam tue kawan-kawan, duit yang kita ada, sebolehnya simpan untuk kegunaan belajar ok. 

Nasihat kat diri sendiri jugak ni, aku pun suka jugak 'habiskan' duit dengan beli-beli tudung,kasut, beg dan lain-lain. Kalau pikir balik, benda tue semua tak penting pun. So, pandai-pandai laa korang gunakan duit yang ada tu.

Liebster Award dari blogger Nadhira Kaz

Assalamualaikum dearies!

 Hari nie, bukak je blog, aku di tag Nadhira Kaz untuk Liebster Award. Wow!!! First time tau untuk aku main jawab-jawab soalan. Hehe, btw thank you awak!


1) Apakah novel kesukaan anda?
Sebenarnya banyak novel yang aku suka, tapi novel yang paling banyak bagi nasihat kat aku ialah novel CINTA HIGH CLASS!

2) Siapakah penulis kegemaran anda?
Ustazah Fatimah Syarha dan Damya Hanna

3) Adakah anda minat menonton teater dan apakah teater yang anda suka?
Hurmmm, aku tak pernah menonton teater, tapi aku suka teater.Macam mana ehh? hehe

4) Namakan tempat percutian yang paling menarik pernah anda pergi?
 Langkawi dan Cameron Highland! Cuti-cuti Malaysia

5) Negara yang ingin dilawati?
 Timur tengah 

Ok, I'm done! Now, aku nak tag kat 5 blogger lain. Awak semua! 


Dan soalannya adalah :
 1) Apakah yang membuatkan anda gembira?
2) Siapakah pendorong semangat anda?
3) Dimanakah tempat yang paling menarik anda pernah pergi?
4) Apakah benda kesayangan anda?
5) Adakah anda peminat bollywood?

 Ok, tue je soalan dari mimi.  ^_^

Cabaran 30 Hari / Hari 10 : Apa ada dalam beg tangan anda

Assalamualaikum dearies!

Hari ni aku nak buat pembedahan.Hah??? Hehe, bukan bedah badan orang, tapi BEG TANGAN aku sendiri! Haha.. untuk cabaran kali ini, setelah sekian lama aku tidak membongkar rahsia beg tangan aku sendiri, hari ini aku telah menemui harta karun setiap wanita, yang aku pasti benda-benda ni wajib ada dalam beg tangan korang kan. Nahhhh!

1) Dompet ( kad pengenalan/kad atm/jenis-jenis kad/gambar/resit/wang )

2) Handphone

3) Beg make-up(Compact powder/lipglose/tisu oil control/tisu biasa)

4) Kunci (rumah/kereta)

5) Minyak wangi

6) Pen

7) Mathurat

8) Power bank

9) Note book

10) Hand sanitizer

11) Brooch

Perghhh.. agak banyak harta karun yang menghuni dalam beg tangan aku ni..hehe.  ^_^

Cabaran 30 Hari / Hari 9 : 5 lelaki yang menarik perhatian anda

Assalamualaikum dearies!

Hurmmmmm.. sangat mencabar jugak cabaran kali nih. Hehe, untuk sape-sape yang nak cuba ambil perhatian aku, kena laa ada ciri-ciri tertentu. Of course! Apa dia? Nahhhhhh...

1) Jaga solat.Biasanya aku akan sangat tertarik lelaki yang keluar dari masjid. Kenapa? Lelaki lain pun solat jugak, tapi maybe diorang tak sempat nak ke masjid. Iye, aku tak cakap salah, tapi tue laa ciri lelaki yang aku tertarik and pandang dia dengan segala sudut yang positif. Sebab aku yakin, lelaki yang ada masa ke masjid bagi 5 fardu adalah lelaki yang berdisiplin dan bertanggungjawab even dia ada hal tertentu tapi tuntutan yang wajib harus didahulukan. 

2) Lelaki yang menghormati ibu. Macam mana nak tahu dia hormat ibu? Lelaki tue akan dahulukan keputusan ibunya terlebih dahulu berbanding orang lain. Kebanyakan orang lelaki nie suka mendahulukan GF diorang berbanding ibu, apa taknya..dengan GF boleh je call lama-lama, tapi dengan ibu tak sampai 2 minit, lepas tu siap marah-marah lagi sebab call. What??? Kau sedar ke tak yang kau sebenarnya tengah cakap dengan seorang IBU, IBU yang mengandungkan kau 9 bulan. Pikir-pikir laa.. ( nie segelintir je )  Aku tahu, masih ramai yang hormat ibu mereka lebih dari GF sendirikannnn... sape?yang tengah baca ni laa, hehe.

3) Bertanggungjawab. Agak susah nak cari lelaki yang responsible, apa taknya, kebanyakan diorang ambil hal sambil lewa je kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab diorang. Hal ni terbukti apabila ada kerja kumpulan, tapi member lelaki ni tak ambil peduli langsung kerja group. Kes ni selalu terjadi, dan yang menjadi mangsa kawan-kawan perempuan. Aku tak salahkan lelaki je, kaum hawa pun ada perangai yang sama.

4) Penyayang (suka kucing). Kenapa kaitkan penyayang dengan suka kucing??? Haa, tue laa korang, orang yang suka kucing ni adalah seorang yang penyayang, penyayang kepada haiwan. Aku sangat sukakan kucing, and sebab tue laa aku akan tertarik bagi sesiapa pun yang minat kucing jugak.

5) Jujur, sabar dan handsome. Ok, tak nak explain panjang sangat ciri-ciri ni sebab orang tue tahu diri masing-masingkannn. 

p/s : Aku tak kisah sape pun yang menjadi suami aku nanti, asalkan dia beragama dan berakhlak. Sebab aku nak CINTA HIGH CLASS! Doakan mimi jumpa jodoh yang baik, tak kat dunia, inshaAllah pasti di syurga.
^_^

Cabaran 30 Hari / Hari 8 : 5 lagu cinta kegemaran anda

Assalamualaikum dearies!

Penat nak mengejar dengan blogger-blogger lain dalam cabaran kali ni. Tapi, it's okay, I will do my best. Untuk cabaran kali ni, berkisar mengenai lagu CINTA. Wow!!! Love songs, memang kegemaran kitalah kannn.. apa taknya, lagu-lagu sekarang kebanyakannya mengenai cinta.

Cinta kepada sang Pencipta, ibu bapa, sahabat, kekasih, masyarakat,dan lain-lain.For me, sama laa..kalau tak dengar lagu cinta dalam sehari, memang tak sah. Hehe! So here, 5 lagu cinta kegemaran mimi buat masa sekarang laa..actually banyak sebenarnya yang menjadi favourite.

1) Jaga Dia Untukku ( Dato' Siti Nurhaliza )
2) Rapuh ( Opick )
3) Harapan ( Hyperact )
4) AdaMu ( Najwa Latif)
5) Sahabat ( Najwa Latif )

Ok done for this cabaran! ^_^

Cabaran 30 Hari / Hai 7 : Sejauhmana pendidikan itu penting bagi anda

Assalamualaikum dearies!




Wahhh!!! Cabaran ini agak mencabar aku, kenapa tidak, aku ni bakal CIKGU! Bagi aku senndiri, 'Pendidikan',  adalah satu proses yang takkan pernah tamat dalam kehidupan semua orang.

Pendidikan mempunyai impak yang sangat besar ke atas pelbagai peluang kehidupan setiap orang untuk mendapat keperluan hidup yang berkualiti. Sebab itulah, parents kita tak putus-putus menghantar kita ke pusat-pusat pengajian bagi mendapatkan kita pendidikan yang berkualiti.

Pendidikan yang berkualiti sangat efektif bagi menentang kemiskinan, membina sebuah masyarakat yang demokrasi dan aman sejahtera.

Hanya pendidikan sahaja dapat merubah nasib seseorang individu. Nahhh, nampak tak kesannya, betapa pentingnya pendidikan buat setiap individu.

Macam skema je kan aku tulis ni, tapi realitinya ni laa pendapat aku.

Cabaran 30 Hari / Hari 6 : Apa yang saya makan hari ini

Assalamualaikum dearies!

Perghhhh, dah beberapa hari aku tak bukak blog kesayangan aku ni, sebab apa? Sebab sem baru dah bukak. So, busy laa sikit dengan nak daftar course outline bagai. Ok, semua tu berjalan dengan lancar buat masa sekarang. Doakan terbaik untuk mimi k!

Apa yang aku makan hari ini takde laa best sangat, cukup sekadar nasi dagang yang dibeli kat pasar malam.Alhamdulillah, rezeki untuk hari ini.Hehe, pandai beli je aku ni,sebab lepas kelas kan penat..tadi pun kelas habis kul 6 lebih. 

Rambang mata jugak laa setiap kali pergi pasar malam, sebab banyak sangat makanan, last last aku beli nasi dagang yang kebetulan teringat kat negeri aku, KELANTAN! sob3.. 

Ok done untuk cabaran ni.  :)

Cabaran 30 Hari / Hari 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih


Assalamualaikum dearies!

Hurmm, agak terkedu untuk cabaran kali ini, apa tidaknya, aku tak punya kekasih sebelum ni.Apa-apa pun, kalau laa aku ada bekas kekasih, maybe aku akan cakap:

1. Terima kasih sebab sudi hadir dalam diri ini even hubungan kita tak kekal lama.
2. Harap awak dapat jumpa jodoh yang jauh lebih baik dari saya.Pastikan agama dan akhlak menjadi tunjang utama pemilihan awak.
3. Semoga kita kekal sahabat.

Cabaran 30 Hari / Hari 4 : Buku kegemaran anda


Assalamualaikum dearies!



Cinta High Class, adalah pilihan aku. Novelis yang sangat aku sanjung Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi. Mesti korang tertanya-tanya kenapa gemar buku ni? Cinta? Haaa, sebab tu lah aku suka sangat buku ni. Subhanallah! Luasnya skop kupasan Prof Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi berkenaan dengan isu 'cinta'. Buku ni membuka mata aku betapa telitinya Islam menggariskan isu-isu cinta yang sekarang ini cinta dikatakan telah mencemarkan golongan remaja. Cinta yang sebenar-benar adalah suci namun kita memburukkannya dan meletakkannya di tempat yang salah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang baca k, pasti terkesan!



Cabaran 30 hari / Hari 3: Sesuatu yang menguatkan anda


Assalamualaikum dearis!



Sesuatu yang menguatkan aku tak lain dan tak bukan mesti laa kawan karib aku,mini al-Quran aku. Kembali kepada fitrah, apabila aku diuji, hati yang rapuh ni mudah dan cepat putus asa. Tapi, setiap kali membelek ayat-ayat cinta dari Ilahi, terasa seakan-akan Allah sedang berbicara dengan aku. Subhanallah! Inilah keajaiban ayat-ayatNya. Sangat tenang bilamana aku yang bersedih dengan setiap ujian menjadi tenang dan tak de apa pun yang perlu dikesali.Terima dengan redha, itu adalah jalan yang terbaik. Setiap dari ayat-ayatNya jelas menunjukkan bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan.

Cabaran 30 Hari / Hari 2 : 5 Cara memenangi hati anda


Assalamualaikum dearies!

Untuk cabaran kali ini, agak best sebab nak kemukakan cara-cara untuk memenangi hati aku. Haa, untuk korang kat luar sana, kalau nampak aku moody ke apa, boleh laa cubakan tenangkan hati aku dengan :

1. Bagi hadiah. Haha, aku sangat sukakan hadiah especially klau dari orang yang aku sayang.
2. Belanja makan. Tak kisah laa makanan apa pun asal aku dapat makan.Hehe.
3. Sentiasa ada tika suka atau duka.Cehhh
4. Buat lawak. Aku suka sangat gelak or senyum sebab dapat hilangkan masalah yang melanda diri even sekejap.
5. Sukakan kejutan.

Cabaran 30 Hari / Hari 1: 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda


Assalamualaikum dearies!



Hari ni baru ada kesempatan untuk menyahut #cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari even hari ni dah masuk hari ke 5. Hehe, srikandi kat sini baru dapat tenaga untuk sama-sama mengejar blogger-blogger lain yang memang dah jauh ke hadapan.

Apa fakta yang ada pada aku? Haaa, bagi yang sape-sape tak kenal mimi, meh dekat-dekat, kenali aku dengan baik-baik.

1. I am keyboard warrior
2. I have supportive parents that I'd die for
3. I dream to travel around the world
4. I have bad sense of fashion, I think so.
5. Cat lover

Ok, done!


New Sem Beginning

Assalamualaikum dearies!

Apa khabar? Harap korang dalam keadan sihat sejahtera. Sob3!!! T_T , kenapa??? Cuti sem dah nak abis! Haa, untuk korang yang cuti sem tue, hope korang sedar laa ye, minggu depan dah start sem baru. Tak yah laa nak sedih-sedih bagai, mulakan sem baru korang dengan niat yang betul.

Niat! Refresh niat korang dengan betul, sebelum melangkah ke sem yang baru. Azam, semangat, cita-cita yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu nanti. Jangan nak pikir, apa plan yang patut aku buat ngan kawan-kawan nanti. Plan apa? Jangan buat tak tahu, korang mesti tengah nak plan ke mana lagi tempat yang boleh dikunjungi area universiti masing-masing kannnn. Hehe, macam aku jugak laa. 

Tak salah kalau kita nak berjalan-jalan sekalipun, tapi berpada-padalah ye. Janganlah sampai every weekend nak keluar shopping mall, berjimba ke apa, tak pasal-pasal duit korang pokai nanti abis sem, last-last maggi yang menjadi hidangan akhir sem. Hehe, macam tahu-tahu je.

So, untuk korang yang akan memulakan sem baru minggu depan, I wish all of you, ALL THE BEST! Tingkatkan lagi semangat dalam menuntut ilmu, kerana banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu. 

Daripada Abu Darda, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada dilangit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar(wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak."
( Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban )