Student Life 1

Assalamualaikum dearies!

BUSY! hehe..macam biasa laa, student life. Dah masuk minggu kedua, makin banyak laa assignment yang perlu diberi perhatian. Kesian blog aku. Sob3!

Agak banyak dugaan untuk aku sem ni, tapi inshaAllah, aku boleh laluinya dengan izin Allah. Macam biasa laa, sem baru, semangat pun mesti baru, azam baru, semua nak baru laa. Hehe, agak-agak laa mimi oiii, setakat azam, semangat yang baru ok..jangan material pun semua nak baru.. bersyukur dengan apa yang ada, jangan membazir sangat.

Haaa, kalau bercakap bab membazir ni, tak lekang dengan student life. Apa taknya, time sem baru buka ni laa diorang nak 'habiskan' duit.Oppppss, bukan semua student laa, sesetengah je, yang baca ni bukan student macam tue..ececece, suka laa tue..sebab apa, PTPTN kan adoooo..hikhikhik. Jangan laa macam tue kawan-kawan, duit yang kita ada, sebolehnya simpan untuk kegunaan belajar ok. 

Nasihat kat diri sendiri jugak ni, aku pun suka jugak 'habiskan' duit dengan beli-beli tudung,kasut, beg dan lain-lain. Kalau pikir balik, benda tue semua tak penting pun. So, pandai-pandai laa korang gunakan duit yang ada tu.

Liebster Award dari blogger Nadhira Kaz

Assalamualaikum dearies!

 Hari nie, bukak je blog, aku di tag Nadhira Kaz untuk Liebster Award. Wow!!! First time tau untuk aku main jawab-jawab soalan. Hehe, btw thank you awak!


1) Apakah novel kesukaan anda?
Sebenarnya banyak novel yang aku suka, tapi novel yang paling banyak bagi nasihat kat aku ialah novel CINTA HIGH CLASS!

2) Siapakah penulis kegemaran anda?
Ustazah Fatimah Syarha dan Damya Hanna

3) Adakah anda minat menonton teater dan apakah teater yang anda suka?
Hurmmm, aku tak pernah menonton teater, tapi aku suka teater.Macam mana ehh? hehe

4) Namakan tempat percutian yang paling menarik pernah anda pergi?
 Langkawi dan Cameron Highland! Cuti-cuti Malaysia

5) Negara yang ingin dilawati?
 Timur tengah 

Ok, I'm done! Now, aku nak tag kat 5 blogger lain. Awak semua! 


Dan soalannya adalah :
 1) Apakah yang membuatkan anda gembira?
2) Siapakah pendorong semangat anda?
3) Dimanakah tempat yang paling menarik anda pernah pergi?
4) Apakah benda kesayangan anda?
5) Adakah anda peminat bollywood?

 Ok, tue je soalan dari mimi.  ^_^

Cabaran 30 Hari / Hari 10 : Apa ada dalam beg tangan anda

Assalamualaikum dearies!

Hari ni aku nak buat pembedahan.Hah??? Hehe, bukan bedah badan orang, tapi BEG TANGAN aku sendiri! Haha.. untuk cabaran kali ini, setelah sekian lama aku tidak membongkar rahsia beg tangan aku sendiri, hari ini aku telah menemui harta karun setiap wanita, yang aku pasti benda-benda ni wajib ada dalam beg tangan korang kan. Nahhhh!

1) Dompet ( kad pengenalan/kad atm/jenis-jenis kad/gambar/resit/wang )

2) Handphone

3) Beg make-up(Compact powder/lipglose/tisu oil control/tisu biasa)

4) Kunci (rumah/kereta)

5) Minyak wangi

6) Pen

7) Mathurat

8) Power bank

9) Note book

10) Hand sanitizer

11) Brooch

Perghhh.. agak banyak harta karun yang menghuni dalam beg tangan aku ni..hehe.  ^_^