Student Life 1

Assalamualaikum dearies!

BUSY! hehe..macam biasa laa, student life. Dah masuk minggu kedua, makin banyak laa assignment yang perlu diberi perhatian. Kesian blog aku. Sob3!

Agak banyak dugaan untuk aku sem ni, tapi inshaAllah, aku boleh laluinya dengan izin Allah. Macam biasa laa, sem baru, semangat pun mesti baru, azam baru, semua nak baru laa. Hehe, agak-agak laa mimi oiii, setakat azam, semangat yang baru ok..jangan material pun semua nak baru.. bersyukur dengan apa yang ada, jangan membazir sangat.

Haaa, kalau bercakap bab membazir ni, tak lekang dengan student life. Apa taknya, time sem baru buka ni laa diorang nak 'habiskan' duit.Oppppss, bukan semua student laa, sesetengah je, yang baca ni bukan student macam tue..ececece, suka laa tue..sebab apa, PTPTN kan adoooo..hikhikhik. Jangan laa macam tue kawan-kawan, duit yang kita ada, sebolehnya simpan untuk kegunaan belajar ok. 

Nasihat kat diri sendiri jugak ni, aku pun suka jugak 'habiskan' duit dengan beli-beli tudung,kasut, beg dan lain-lain. Kalau pikir balik, benda tue semua tak penting pun. So, pandai-pandai laa korang gunakan duit yang ada tu.

No comments:

Post a Comment