New Sem Beginning

Assalamualaikum dearies!

Apa khabar? Harap korang dalam keadan sihat sejahtera. Sob3!!! T_T , kenapa??? Cuti sem dah nak abis! Haa, untuk korang yang cuti sem tue, hope korang sedar laa ye, minggu depan dah start sem baru. Tak yah laa nak sedih-sedih bagai, mulakan sem baru korang dengan niat yang betul.

Niat! Refresh niat korang dengan betul, sebelum melangkah ke sem yang baru. Azam, semangat, cita-cita yang berkobar-kobar untuk menuntut ilmu nanti. Jangan nak pikir, apa plan yang patut aku buat ngan kawan-kawan nanti. Plan apa? Jangan buat tak tahu, korang mesti tengah nak plan ke mana lagi tempat yang boleh dikunjungi area universiti masing-masing kannnn. Hehe, macam aku jugak laa. 

Tak salah kalau kita nak berjalan-jalan sekalipun, tapi berpada-padalah ye. Janganlah sampai every weekend nak keluar shopping mall, berjimba ke apa, tak pasal-pasal duit korang pokai nanti abis sem, last-last maggi yang menjadi hidangan akhir sem. Hehe, macam tahu-tahu je.

So, untuk korang yang akan memulakan sem baru minggu depan, I wish all of you, ALL THE BEST! Tingkatkan lagi semangat dalam menuntut ilmu, kerana banyak kelebihan orang yang menuntut ilmu. 

Daripada Abu Darda, bahawasanya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, " Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada dilangit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar(wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak."
( Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban ) 


8 comments:

  1. Assalamualaikum mimie,
    All the best ya dear :)

    ReplyDelete
  2. betu betul .. bittaufiq wannajah !

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Syamimi,

    Salam ziarah & salam perkenalan..
    Selamat menempuhi semester baru dengan cemerlang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. salam perkenalan. InshaAllah. :)

      Delete
  4. xnak p shopping complex...nak g gunung, bukit, hutan..
    ada masa kita g broga nak??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... jom3! kito g weekend dehhh, mimi pun nk g jgk tmpt2 gitu.hikhikhik :)

      Delete