Cemburunya Aku!

Assalamualaikum dearies! 

Apa khabar? Harap korang sentiasa dalam rahmatNya. Fuhhhh, dah lama tak bukak blog, dah berhabuk dah ni.. hurmm, nak buat camne, tuntutan seorang pelajar universiti yang sentiasa sibuk dengan assignment. Alhamdulillah, malam ni sempat bukak blog sebab nak download assignment..hehe,alang-alang bukak laptop, bukak laa blog sekali..  ^_^

Ada masa lapang, aku suka baca tentang kisah para anbiya'.Tadi,sambil melayan kisah wanita agung yg diiringi dgn lagunya sekali, hati terasa sgt laa cemburu dengan'nya'. 

Cemburu? 

Ya, aku memang cemburu. Aku cemburukan Khadijah,wanita itu prnh menerima kiriman salam dari Allah.Cemburu dgn ketabahannya tatkala Rasulullah saw beruzlah,sabarnya m'daki gunung yg tggi demi m'hantar mknn Nabi.Letihnya tiada rungutan,tiada leteran,tiada keluhan. 

Cemburunya aku dengan zuhudnya, sanggup dia menyerahkan segala yg dia punya demi perjuangan suami tercinta. Aku dengan Khadijah bagaikan langit dgn bumi,cemburu aku ini tidak ada yg mampu mengerti...

Ya Allah, wariskanlah aku dengan sifat kesabarannya, kasih sayangnya,kurniakanlah aku kebijaksanaanya walau sedikit cuma...

Amin.

Student Life 1

Assalamualaikum dearies!

BUSY! hehe..macam biasa laa, student life. Dah masuk minggu kedua, makin banyak laa assignment yang perlu diberi perhatian. Kesian blog aku. Sob3!

Agak banyak dugaan untuk aku sem ni, tapi inshaAllah, aku boleh laluinya dengan izin Allah. Macam biasa laa, sem baru, semangat pun mesti baru, azam baru, semua nak baru laa. Hehe, agak-agak laa mimi oiii, setakat azam, semangat yang baru ok..jangan material pun semua nak baru.. bersyukur dengan apa yang ada, jangan membazir sangat.

Haaa, kalau bercakap bab membazir ni, tak lekang dengan student life. Apa taknya, time sem baru buka ni laa diorang nak 'habiskan' duit.Oppppss, bukan semua student laa, sesetengah je, yang baca ni bukan student macam tue..ececece, suka laa tue..sebab apa, PTPTN kan adoooo..hikhikhik. Jangan laa macam tue kawan-kawan, duit yang kita ada, sebolehnya simpan untuk kegunaan belajar ok. 

Nasihat kat diri sendiri jugak ni, aku pun suka jugak 'habiskan' duit dengan beli-beli tudung,kasut, beg dan lain-lain. Kalau pikir balik, benda tue semua tak penting pun. So, pandai-pandai laa korang gunakan duit yang ada tu.

Liebster Award dari blogger Nadhira Kaz

Assalamualaikum dearies!

 Hari nie, bukak je blog, aku di tag Nadhira Kaz untuk Liebster Award. Wow!!! First time tau untuk aku main jawab-jawab soalan. Hehe, btw thank you awak!


1) Apakah novel kesukaan anda?
Sebenarnya banyak novel yang aku suka, tapi novel yang paling banyak bagi nasihat kat aku ialah novel CINTA HIGH CLASS!

2) Siapakah penulis kegemaran anda?
Ustazah Fatimah Syarha dan Damya Hanna

3) Adakah anda minat menonton teater dan apakah teater yang anda suka?
Hurmmm, aku tak pernah menonton teater, tapi aku suka teater.Macam mana ehh? hehe

4) Namakan tempat percutian yang paling menarik pernah anda pergi?
 Langkawi dan Cameron Highland! Cuti-cuti Malaysia

5) Negara yang ingin dilawati?
 Timur tengah 

Ok, I'm done! Now, aku nak tag kat 5 blogger lain. Awak semua! 


Dan soalannya adalah :
 1) Apakah yang membuatkan anda gembira?
2) Siapakah pendorong semangat anda?
3) Dimanakah tempat yang paling menarik anda pernah pergi?
4) Apakah benda kesayangan anda?
5) Adakah anda peminat bollywood?

 Ok, tue je soalan dari mimi.  ^_^