Usrah Itu Indah

Assalamualaikum dearies!

Alhamdulillah, terasa best sangat cuti panjang a.k.a cuti sem. Banyak aktiviti yang aku boleh buat kat rumah yang aku tak dapat nak buat time kat universiti. Contohnya tidur lama, makan, tonton tv, shopping, and lepak ngan kawan-kawan berjam-jam lamanya.

Tapi, aku tak nafikan aku rindukan suasana kampus dan yang paling aku rindukan adalah group usrah aku. USRAH! Kali pertama aku join usrah yang betul-betul memberi aku impak yang sangat positif dalam hidup aku. Bukan sahaja memberi kesan positif dari segi luaran malahan dalaman jugak.Insha Allah, moga aku terus istiqamah.

Even kami sibuk dengan pelbagai tuntutan ketika berada di kampus,usrah tetap berjalan sekali seminggu.Kami akan cuba cari masa untuk bertemu. Untuk permulaan tu, aku liat jugak laa, tapi aku gagahkan jugak untuk pergi usrah. Dan sekarang aku sedar, usrah itu sangat penting dalam diri kita.

Usrah sebenarnya 'keluarga'. Jujur aku kata, dulu aku tak pernah ambil peduli, aku katakan usrah untuk orang-orang yang alim, solehah, sempurna, bertudung labuh dan bukan seperti aku. Namun, dengan izin Allah, aku diberi kekuatan untuk merubah serba sedikit kekurangan diri. Bagaimana? Dengan bantuan kawan-kawan usrah, dan naqibah aku sendiri.

Fitrahnya aku juga insan biasa yang pelupa, jahil dan lalai. Maka peringatan tentang akhirat ini amat wajar. Sangat risaulah jika hari silih berganti dan tak de langsung peringatan diberi untuk diri. Maka, usrah ini antara salah satu medium di mana tatkala kami bersila dalam bulatan yang gembira ini, akhirat dan hakikat penciptaan jin dan manusia diulang kembali. Asas aqidah, tauhid, ibadah, sirah serta bertadabbur dengan al-Quran benar-benar menyentuh jiwa.

Peringatan untuk tidak berfikir buruk mengenai orang lain, untuk memperbaiki amalan, memahami tujuan penciptaan, berwaspada dengan tipu daya syaitan. Ukhwah yang dibina sangat berharga yang tiada galang ganti. Berukhwah kerana Allah sepenuhnya, bukan sebab material semata-mata.

Untuk semua dearies, jom laa kita berusrah!Inilah dia bulatan gembira yang tak boleh dijual beli, hiburan hati yang sejati! Carilah bulatan gembira korang agar hati kita berbunga kembali. Usrah sangat wajar menjadi santapan mingguan untuk rohani kita. Berbunga dengan minda dan hati lebih dekat dengan Ilahi, Insha Allah.

No comments:

Post a Comment