Assalamualaikum wbt.. apa khabar semua. Harap semua dalam keadaan sihat-sihat belaka, al-maklumlah raya belum habis lagi. Dengan rumah terbukanya lagi, mesti masing-masing masih lagi menikmati juadah raya kannn.. Bercerita pasal raya, aku nak kongsilah sikit sebanyak pengalam raya aku setiap tahun. Korang beria tak dalam memilih baju raya? Pilih baju yang vogue-vogue? Secara jujurnya, aku ni sangat suka dengan baju yang ala-ala vogue gitu, tapi aku ni pemalu sikit kalau depan orang ramai, memang tak laa nak pakai baju-baju vogue depan khalayak ramai. Buat membazir je kalau beli baju macam tu tapi last-last tak pakai pun lepas raya, betul tak. So, setiap tahun, pemilihan baju tak lah penting sangat pun untuk aku, sekadar sederhana sudah, asalkan selesa untuk dipakai time raya.And end up aku kena selinsing jugak lengan baju untuk masuk ke dapur.

Tak seperti tahun-tahun lepas, baju raya tahun ni aku beli terus kat kedai berbanding tahun sebelum ni, beli
online tau..beriya aku usha kedai-kedai online dalam fb, instagram sebab nak buat pilihan untuk beli baju raya. Tahun ni, tak sempat pun nak beli online sebab aku ada final exam!!! Agak tension kat situ, bilamana kawan-kawan aku yang lain sudahpun berada di rumah,berpuasa ngan family, tapi aku still kat tempat belajar and kena hadap buku-buku. OK FINE! Tapi, puasa untuk kali ni tak ada la sedih sangat even tidak dengan family, tapi kemeriahan puasa bersama-sama kawan pun best apa. Setiap kali nak bersahur or berbuka puasa, kitorang mesti makan berjemaah. Yang paling best, lepas je berbuka puasa, siap kemaskan tempat makan, kitorang akan solat berjemaah. Setiap hari imam mesti ikut giliran,alhamdulillah. Kemeriahan sepanjang bulan puasa tahun ni sangat berbeza dan aku dapat rasakan ikatan ukhwah kami semakin rapat.

Perkara yang aku tak boleh lupa time puasa aritu, kawan-kawan aku buat surprise birthday untuk aku.. Oh my!!!! Happy sangat-sangat, siap prank aku lagi malam tu, kononnya elektrik kat rumah kitorang terputus. Aku cuak jugak laa time tu, sebab aku ni agak takut dalam keadaan yang gelap.Tup-tup, lilin kek menerangi ruang tamu rumah kami. Apalagi, aku terasa hangat je kat pipi dengan titisan air jernih. Terima kasih kawan!!!

Juadah berbuka puasa untuk hari pertama puasa, 1 Ramadhan 1435H

Sweet tak kek harijadi aku ni  :)


Nie lah kawan-kawan aku a.k.a housemate tersayang
Nie lah family kecil aku. Selamat Hari Raya

2 comments:

  1. wah bestnyew..salam perkenalan~
    http://taipanjarisigadis.blogspot.com/
    http://tentanghati98.blogspot.com/

    ReplyDelete