Renungan Bersama

Assalamualaikum wbt..apa khabar semua? Harap korang dlm keadaan sihat. Untuk entry kali ni, aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai keadaan yang sedang berlaku di Gaza sekarang. Saban hari, laman-laman sosial seperti facebook, tweeter, instagram dal lain-lain rata-ratanya berkongsi mengenai keadaan yang berlaku di Gaza. Masing-masing menunjukkan solidarity for Palestine dan sama-sama bersemangat untuk memboikot segala jenis produk dari Israel. Lately ni, aku tertanya-tanya pelbagai jenis soalan mengenai konflik yang berlaku antara Palestine dengan Israel dalam laman-laman sosial, sehinggalah aku terbaca satu artikel yang menyuruh kita menghayati ayat al-Quran surah al-Isra' ayat 4-7. Rasa teruja dan menggigil seluruh tubuh badan tatkala aku menghayati ayat-ayat tersebut. Allaahu, rupanya konflik yang berlaku sekarang telah tercatat di dalam ayat-ayat ni dan sedang berlaku di depan mata kita sendiri. Allahu, sungguh aku lalai sebelum ini ya Allah, kerana tidak pernah menghayati setiap ayat-ayatMu dan hanya sekadar baca saje sedangkan ini adalah bukti-bukti yang nyata dari al-Quran yang sepatutnya kita kongsi bersama.

Dan kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu. "Kamu pasti akan berbuat kerosakan di bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.
( 17 : 4 ) 

Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang perkasa, lalu mereka merajalela di kampung-kampung. Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. ( 17 : 5 )

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.
 ( 17 : 6)

Jika kamu berbuat baik(bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri. Dan jika kamu berbuat jahat, maka (kerugian kejahatan) itu untuk dirimu sendiri. Apabila datang saat hukuman (kejahatan) yang kedua, (Kami bangkitkan musuhmu) untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam masjid (Masjidil Aqsa), sebagaimana ketika mereka memasukinya pertama kali dan mereka membinasakan apa saja yang mereka kuasai. ( 17 : 7 )




Sepanjang cuti sem kali ni jugak, aku nak share ngan korang satu buku ni, buku yang sangat significant dengan keadaan yang berlaku di Gaza, di mana sejarah pernah membuktikan banyak peristiwa apabila kelompok yang lebih kecil menumbangkan kelompok yang lebih besar dengan peralatan yang canggih. Salahuddin al-Ayubi yang ditemani hanya seramai 12,000 orang tentera telah berjaya mengalahkan kehebatan 80,000 tentera salib yang berkelengkapan canggih yang merupakan gabungan ketenteraan daripada 22 negara Eropah yang telah menguasai Baitul Maqdis dan Palestin selama 88 tahun.  Buku ni sangat-sangat best dan tak sia-sia aku membelinya dengan baucer buku haritu. Thumbs up!
Thumbs up for dis book!!!

2 comments:

  1. Assalamualaikum sahabtku...nice post..yup mmg semua kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku n akan berlaku da tercatat indah dalam Al-Quran sebab Allah Maha Mengetahui...sy datang berbalas kunjungan sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm mira syg... jazakallahukhairankathira.
      Sedih sgt setiap kali terpaparnya kejadian yg berlaku di Gaza di kaca televisyen. Hanya doa yg mampu mimi buat. :(

      Delete